
Cakap sahaja Terengganu, kita pasti teringat kepada keunikan spesis faunanya yang tersendiri iaitu penyu.
Maka sesuailah jika negeri itu menjadi lokasi sambutan Hari Penyu Sedunia lebih-lebih lagi menerusi pelancaran dan pembukaan Galeri Tuntung di Kampung Pasir Gajah, Kemaman.
Sambutan pada Sabtu, 20 Mei 2017 itu dianjurkan oleh Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Penyu Malaysia (Turtle Conservation Society of Malaysia, TCS) dan JKKK Pasir Gajah, Kemaman, dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

Ia diubah menjadi sebuah galeri yang mempamerkan maklumat mengenai tuntung, kura-kura dan penyu di Malaysia, serta cengkerang-cengkerang dan spesimen yang diawet.
Pengerusi JKKK Pasir Gajah, Badrulhisyam Jusoh akui berbangga dengan usaha dan kerjasama dalam menubuhkan Galeri Tuntung dan berharap ia menerima kunjungan pelawat dalam negeri dan luar negara, selaras dengan sambutan ”Visit Beautiful Terengganu 2017”.

Pelbagai aktiviti diadakan pada sambutan Sabtu lepas antaranya, pameran kesedaran, aktiviti permainan, kempen derma darah, sukan dan banyak lagi.
Orang ramai juga diberi peluang untuk berdialog dengan pegawai dari Jabatan Perhilitan berkenaan konflik hidupan liar di dalam kampung.