Guru ini ke sekolah setiap hari berbaju kotor

Guru ini ke sekolah setiap hari berbaju kotor

Setiap hari, beliau terpaksa menukar pakaian sebelum memulakan tugas.

guru_orang-asli_600
fmt-ohsem-inside-article1Sejak 3 tahun, seorang guru meninggalkan rumahnya seawal 5 pagi setiap hari sebelum memulakan perjalanan motorsikal sejauh 135km yang penuh mencabar berulang alik ke sekolah.

Akhbar The New Straits Times hari ini menceritakan rutin Ahmad Saidin Mohd Idris, 40, yang terpaksa meredah jalan tidak rata, berbukit, di samping berdepan binatang buas.

Semuanya tidak mematahkan semangatnya berbakti kepada 456 anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Lenjang, yang terletak di pedalaman Kuala Lipis, Pahang.

Setibanya di sekolah, keadaan beliau kotor dan berlumpur, memaksanya menukar pakaian sebelum memulakan tugas.

“Kalau saya berpakaian kemas dan bersih, mustahil saya sampai dalam keadaan sama. Lebih-lebih lagi apabila melalui jalan dari penempatan Orang Asli di Pos Betau yang dalam keadaan sangat buruk. Ia menjadi lebih teruk ketika hujan kerana jalan bukan sahaja berkelopak tetapi licin,” katanya dipetik NST.

Kebanyakan guru lain di sekolah tersebut pula memilih meletakkan kenderaan mereka dekat balai polis di Sungai Koyan, dan sama ada ulang-alik atau tinggal di sekolah sehingga tamat sesi sekolah pada hari Jumaat, dan kembali pada hari Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.