Dilarang guna telefon bimbit… jika anda wanita

Dilarang guna telefon bimbit… jika anda wanita

Wanita dilarang menggunakan telefon bimbit untuk menghalang mereka daripada berinteraksi dengan lelaki.

no-phone
fmt-ohsem-inside-article1Tahukah anda, sebuah perkampungan terpencil di Uttar Pradesh di utara India mengharamkan wanita menggunakan telefon bimbit bagi menghalang mereka berkenalan dan berinteraksi dengan lelaki.

Jika larangan itu tidak diikuti, denda besar iaitu 21,000 rupee (RM1,414) menanti.

Arahan tersebut dikeluarkan ketua kampung itu dalam satu perhimpunan oleh ahli majlis kampung, Madora pada Selasa.

“Kami ada terima laporan mengenai larangan penggunaan telefon bimbit ke atas wanita,” kata ketua polis tempatan Arun Kumar Singh kepada AFP, merujuk kepada majlis kampung yang tidak rasmi yang dikenali sebagai Panchayats Khap di India.

“Perintah tersebut ternyata bertentangan dengan perlembagaan dan kami akan mengambil tindakan,” katanya.

Menurut majlis kampung itu yang majoritinya terdiri daripada orang Islam, telefon mudah alih menjadi penyebab dan penggalak interaksi lelaki dan wanita sehingga menyebabkan mereka lari bersama kekasih.

Majlis yang sama juga mengenakan larangan terhadap mereka yang menyembelih lembu, satu perbuatan yang diharamkan di kebanyakan negeri di India serta kegiatan penyeludupan minuman keras.

“Kami menyokong tindakan tegas mereka terhadap aktiviti haram tetapi bukan bagi yang ini, ia mengekang kebebasan wanita,” kata Singh.

Panchayats Khap dikendalikan golongan lelaki tua walaupun ia menyalahi undang-undang namun mereka masih menegakkan tradisi konservatif termasuk melarang wanita memakai seluar jeans.

Mereka mempunyai pengaruh yang besar di kawasan luar bandar khususnya di utara India.

Panchayats Khap juga dipersalahkan ke atas jenayah berat termasuk pembunuhan pasangan yang berkahwin di luar kasta mereka.

Ramai mengkritik tindakan majlis kampung ini yang mengenakan hukuman memukul di tempat awam dan hukuman lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.