

Nampaknya segala promosi berunsur negatif turut membantu Fattah dalam melariskan jualan buku yang dikatakan terjual lebih 5,000 salinan sekaligus menjadi antara buku tempatan popular tahun ini.
“Saya tidak menjangkakan buku pertama saya menerima penganugerahan pada malam ini.
“Alhamdulillah, sejak dikeluarkan sudah terjual 5,000 naskhah. Biarpun menerima banyak kecaman, bagi saya ia satu publisiti yang telah mempopularkan buku ini,” katanya seperti yang dipetik dari mStar Online.
“Malah dalam laman sosial Instagramnya, Fattah turut berkongsi momen indah ekoran pemilihan anugerah tersebut.
“Hari ni saya telah dimurahkan rezeki sekali lagi dengan Anugerah Buku Negara, Buku Popular. #99KatakataFattahAmin #QalifModen. Semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan yang bertali-arus dari semua peminat saya. Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh,” petik status Instagramnya.
Buku itu juga mengundang kontroversi kerana dijual pada harga RM60, lebih mahal berbanding kebanyakan buku novel tempatan di pasaran.
Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot menjadi artis pertama yang menerima anugerah berprestij dalam bidang penulisan buku turut menyuarakan hasratnya untuk menerbitkan buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris.
Nampaknya Fattah menjadi perintis dalam kalangan artis dengan meneraju bidang penulisan dan penghasilan buku.
Mungkinkah beliau akan menjadi inspirasi kepada artis lain untuk mengeluarkan buku dengan gambar-gambar selfie dan 2 baris ayat setiap muka surat?