
Hanya dengan sekilas pandang pemandangan seluruh kota, lelaki ini mampu menterjemahkannya ke dalam sehelai kertas.Stephen Wiltshire ialah pelukis seni bina yang kelihatan sangat dedikasi tetapi tidak ramai yang tahu, dia juga seorang autistik.
Lahir di kota London, United Kingdom, Stephen didiagnos lautisme pada usia 3 tahun, dia yang pendiam hanya berkomunikasi dengan dunia melalui lukisannya.
Hasil seni menghubungkan lelaki ini dengan dunia, dan kini dia menjadi sensasi laman sosial kerana bakatnya “menghafal” sesuatu pemandangan dan melukisnya secara terperinci.
Pada usia 5 tahun, ketika belajar di sekolah Queensmill di London, guru Stephen pernah merampas alatan seninya bagi menggalakkan dia bercakap.
Namun, perkataan yang keluar dari mulut Stephen ketika itu ialah “kertas” dan “pensil”. Bagaimanapun, pada usia 9 tahun, Stephen sudah boleh bercakap secara normal.
Bakat Stephen diiktiraf pada usianya 8 tahun, ketika Perdana Menteri United Kingdom ketika itu memintanya melukis bangunan Salisbury Cathedral.
Bekas presiden Royal Academy of Arts, Hugh Casson menggelarkan Stephen sebagai artis seni yang kemungkinan terbaik di seluruh Britain.
Ekoran pengiktirafan itu, Stephen terus melebarkan bakatnya dengan menerbitkan 3 buah buku, Drawings (1987), Cities (1989), Floating Cities (1991), dan selepas melawat Amerika, buku ke-4 bertajuk, American Dream (1993) diterbit.
Buku-buku ini mengetengahkan hasil kerja seni yang hebat seperti lakaran kasar, lukisan imaginasi sebuah metropolis, lukisan penjelajahan di Venice, Amsterdam, Lenigrad dan Moscow, serta bangunan pencakar langit di Chicago, San Francisco dan New York.
Stephen menjelajah seluruh dunia untuk melukis bandar metropolitan dan struktur bangunan di dunia.
Pada 1992, sebuah stesen televisyen di Tokyo menjemput Stephen untuk menjelajah dan melukis bangunan signatur negara itu termasuk bangunan kerajaan Tokyo di Shinjuku.
Bagi mengetengah bakat dan kebolehan luar biasanya itu, BBC merakam sebuah dokumentari pada 2001.
Dokumentari itu merakam Stephen dibawa dalam sebuah pesawat menikmati pemandangan seluruh kota London dan bagaimana dia menterjemah penjelajahan 6.4 km persegi itu dalam masa hanya 3 jam di atas sehelai kertas.
Pada tahun 2003, Galeri Orleans House di England menganjurkan pameran seni karya Stephen, sekaligus menjadi pameran seni terbesarnya. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia seni, pameran itu berjaya menarik lebih 40,000 pengunjung.
Bukan itu sahaja, Stephen juga mencipta sebuah lukisan panaroma bandar raya Tokyo selama 5 hari di atas kain kanvas seluas 5 meter dan ia disiarkan secara langsung di televisyen.
https://www.facebook.com/EducateInspireChange.org/videos/1321932584560682/
Kredit: Facebook Educate Inspire Change