Pusat fitness buka kelas tidur, bukan bersenam

Pusat fitness buka kelas tidur, bukan bersenam

David Lloyd Club memperkenalkan konsep 'fitness' baharu yang dikenali sebagai 'napercise' - sesi tidur selama 45 minit kepada ahlinya di Glasgow.

sleep-fitness
fmt-ohsem-inside-article1Kebiasaannya, pelanggan terpaksa membayar wang untuk menjadi ahli sesebuah pusat fitness demi menjaga kesihatan dan badan dengan bersenam.

Tetapi, lain pula ceritanya dengan sebuah pusat kecergasan di Glasgow, bandar terbesar di Scotland yang mencipta konsep “fitness” terbaru – tidur.

David Lloyd Club memperkenalkan konsep “fitness” baharu itu yang dikenali sebagai “napercise” – sesi tidur selama 45 minit kepada ahli di pusat kecergasannya.

Beliau mendakwa ahli boleh mengekalkan kelangsingan badan dengan konsep tidur itu.

Konsep itu nampaknya mempunyai rasionalnya kerana ia diperkenalkan sebagai tindak balas kepada kehidupan orang ramai yang penuh dengan tekanan.

Sebagai bandar ke-3 terbesar di United Kingdom, penduduk khususnya ibu bapa di Glasgow sentiasa mengalami kepenatan melampau.

Kajian menunjukkan kebanyakan ibu bapa di UK menghidap “epidemik kepenatan” dengan 86% daripada mereka mengakui “terseksa” dengan keletihan dan 26% lagi mengadu hanya dapat tidur kurang 5 jam sehari.

“Peserta napercise diminta tidur di katil dalam suasana persekitaran aman damai dan muzik latar yang boleh membuat mereka mengantuk,” katanya dipetik laporan berita tempatan, Glasgow Live.

Malah, suhu dalam studio turut direndahkan ke tahap yang boleh membakar kalori dalam badan ketika tidur.

Ahli “napercise” akan menjalani sesi itu pada waktu tengah hari, sebelum kembali bekerja semula.

Idea “napercise” ini dibangunkan dengan bantuan pakar tidur, Kathryn Pinkham yang banyak merawat serta memberi kaunseling kepada penghidap insomnia.

“Tidur adalah perkara paling penting, malangnya ramai tidak menyedarinya.

“Kita sentiasa beri perhatian kepada kesan jangka pendek seperti kepenatan dan hilang tumpuan, tetapi ia juga membawa kesan jangka panjang kepada kesihatan fizikal dan mental.

“Selain penat, kurang tidur akan menyebabkan seseorang itu berada dalam kerisauan melampau dan kemurungan. Kita kurang tenaga untuk bersenam dan menjadi tidak peka dalam membuat keputusan.

“Makan minum pun tidak teratur, sekali gus memberi kesan kepada tubuh,” jelasnya.

Jika eksperimen tidur itu berjaya, lebih banyak pusat yang memperkenalkan konsep itu akan dibuka di Glasgow.

Ketika kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat, adakah anda sanggup membayar beratus-ratus ringgit hanya untuk tidur di pusat kecergasan?

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.