Peminat tak sabar sertai ‘Fun Ride’ bersama Siti Nurhaliza dan The Pocket Rocketman

Peminat tak sabar sertai ‘Fun Ride’ bersama Siti Nurhaliza dan The Pocket Rocketman

Azizulhasni menghadiahi Siti sepasang sarung tangan dan gambar mereka berdua dimuat naik dalam Instagram.

funride_600
fmt-ohsem-inside-article1Seronoknya jaguh pelumba Malaysia, “The Pocket Rocketman”, Mohd Azizulhasni apabila mendapat undangan berbasikal “Fun Ride” bersama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Siti berkongsi mengenai harapan mengadakan aktiviti tersebut dalam muat naik di akaun Twitternya 2 hari lalu.

“My pleasure & looking forward for that Fun-Ride with #thepocketrocketman … Sitizones!!! Be ready guys (Saya berbesar hati dan teruja untuk Fun-Ride bersama #thepocketman…Sitizones! Bersiap-sedia),” kata beliau.

Terdahulu, Azizulhasni menghadiahi Siti sepasang sarung tangan dan gambar mereka berdua dimuat naik dalam Instagram dengan status;

“Ia satu penghargaan untuk bertemu dengan Dato @ctdk petang tadi. Seronok berjumpa dengan Datuk! Sarung tangan basikal dari saya kepada Datuk, hadiah kejutan kepada beliau. Kepada peminat Dato Ctdk dan Team Azizul, dapatkan maklumat terkini mengenai Fun-Ride bersama peminat tidak lama lagi.

Saya berharap Datuk dan suami akan kekal aktif dan menjadi inspirasi kepada semua dalam mengamalkan cara hidup sihat.”

Menurut laporan Malaysiakini, sarung tangan itu digunakan oleh Azizulhasni semasa di acara Sukan Olimpik.

Pada 13 April lalu, Azizulhasni sekali lagi menempa nama selepas menjuarai Kejohanan Lumba Trek Dunia UCI di Hong Kong. Dia juga menyuarakan cita-citanya untuk menggondol pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam pada itu, para peminat mereka pula menyuarakan rasa tidak sabar untuk bersama-sama menyertai Fun Ride tersebut.

Menurut Utusan Online pula, aktiviti Fun Ride yang diperkatakan oleh kedua-dua pihak, Siti mahupun Azizulhasni masih lagi dalam peringkat perancangan dan belum diputuskan waktu dan tempat.

https://www.instagram.com/p/BS-4DV6gVGv/?taken-by=azizulawangofficial

https://twitter.com/CTNurhaliza11/status/853924771930685440

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.