

Soalan ini wujud selepas CNN dalam artikelnya menamakan kek pandan sebagai salah satu daripada 17 kek terbaik di dunia.
Tapi persoalannya ialah asal-usul kek pandan yang terus diperdebatkan di laman-laman sosial.
Dalam artikel CNN itu, 2 kafe di Singapura dinamakan sebagai kedai kek pandan terbaik sekali gus menggelarkannya sebagai kek kebangsaan negara Singapura.
Kek pandan di Pine Garden’s Cake dan Bengawan Solo di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah 2 lokasi untuk mendapatkan kek pandan terbaik, petik artikel itu.
Namun, ia turut menamakan Malaysia sebagai negara asal kek pandan.
Dalam pada itu, kek lapis dari Indonesia juga dinobatkan sebagai kek terbaik di dunia dalam senarai tersebut.
Kek lapis yang juga dikenali sebagai Lapis Legit menggunakan kaedah pembuatan yang terperinci dengan bahan-bahan seperti rempah ratus dan buah kurma.
Bahan utamanya menggunakan telur dan mentega yang banyak serta dihasilkan dalam 18 lapisan nipis, kadang-kala 20 hingga 22 lapisan mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan.
Nampaknya Malaysia berkongsi nama bagi 2 kek terbaik di dunia, namun bukan secara langsung. Mungkin CNN tidak meneroka kek-kek citarasa asli Malaysia lagi.
Apam balik ke, kek durian ke, kek gula hangus ke, kek nasi pulut ke…..
Apapun tahniah kepada negara jiran atas pengiktirafan itu.
Sekarang saya nak cari kek lapis dan kek pandan terbaik dekat pejabat di Petaling Jaya pula.