
Satu daripada 3 lelaki pertengahan umur di Korea Selatan menunjukkan pergantungan alkohol yang tinggi, menurut satu kaji selidik kesihatan dan pemakanan dijalankan ke atas lebih daripada 15,000 orang, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.Kajian dijalankan profesor Kim Dong-jun dan Hong Jae-won dari Hospital Inje Universiti Ilsan Paik yang menganalisis keputusan kaji selidik 2009-2011 melibatkan 15,215 orang dan dibahagikan kepada lelaki dan perempuan serta 3 kumpulan umur iaitu 19-44, 45-64 dan lebih 65 tahun.
Kajian termasuk kekerapan dan jumlah minuman alkohol yang diambil, tahap kawalan diri dan penyalahgunaan serta pergantungan alkohol.
Profesor berkenaan menggunakan Ujian Gangguan Pengenalan Alkohol (AUDIT) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi mengesan mereka yang berisiko.
Kesimpulannya, 28.3% lelaki dalam kumpulan umur 45-64 tahun memerlukan ujian pergantungan alkohol dan jumlah itu adalah yang tertinggi dalam semua kumpulan ujian.
Kadar untuk kumpulan lelaki berumur antara 14-44 tahun adalah 21.3%, 13.1% bagi mereka berumur 65 dan ke atas.
Bagi wanita kadar tertinggi dalam kumpulan umur 19-44 tahun sebanyak 6.3%, 3.2% bagi kumpulan umur 45-64 dan 0.5% mereka yang berusia lebih tua.
Secara puratanya pula hasil kajian mendapati 15.1% (lelaki) dan 4.2% (wanita).
“Kami dapat mengesahkan pola minum alkohol berisiko tinggi lebih dalam kalangan lelaki pertengahan umur,” kata Hong.