Ini cara Paris Hilton buat prank April Fool

Ini cara Paris Hilton buat prank April Fool

Dalam satu video promo, selebriti itu berkata produk air titisan Nano Drop dikeluarkan demi menyelamatkan bumi, khususnya penyu dan alam sekitar daripada dicemari botol plastik air.

paris-hilton
fmt-ohsem-inside-article1Pada 1 April lalu, sempena hari April Fools, Paris Hilton memperbodohkan pengikut di laman sosialnya menerusi sebuah video promo produk titisan air yang dinamakan, Nano Drops.

Menurut ikon fesyen itu dalam satu video promo, air Nano Drop yang dikeluarkan dalam botol mini, sekecil jari kelingkingnya sama kualiti dengan segelas air biasa. Malah ia diakui 5,000 kali lebih menghidratkan berbanding air biasa.

“Itu bermakna kurang air, kurang botol plastik, penyu gembira, Paris yang gembira, magis!” katanya mengambil setitik Nano Drop dengan reaksi puas.

Tak sangka pula, iklan yang dimuat naik pada 31 Mac jam 11.01 malam lengkap dengan alamat laman web Nano Drop untuk menebus tiub percuma itu sebenarnya hanya “prank April Fool”.

Seorang netizen, Luis Urrutia berkata: “Pengguna menyangka iklan ini benar dan memberi komen betapa bodohnya Paris…. ironinya…”

Manakala Daniel Blatecky pula berkata jumlah duit yang dibelanjakan untuk iklan tersebut lebih baik digunakan untuk iklan kempen kitar semula barangan plastik.

Faisal Hassan berkata, “Saya mungkin mempercayai video ini jika ia tidak mengaitkan Paris Hilton. Pada waktu dia berkata mahu memperkenalkan sebuah produk, saya tahu ia karut.”

Bagi netizen seperti Patricia MK dan ramai lagi, menyangka ia sememangnya produk sebenar dan turut bertanya jika ia benar-benar wujud.

Beberapa lagi klik ke laman web dan cuba mendapatkan botol mini Nano Drop percuma.

Pada 2 April jam 5 pagi, Paris Hilton tampil dengan satu lagi video kelakar menyatakan fungsi Nano Drop tidak berhasil selepas salah seorang penyelidiknya menghadapi masalah hidrat yang teruk.

“Saya mengesan kegagalan fungsinya apabila salah seorang penyelidik saya nyahidrat secara serius. Dia akan diingati,” katanya.

Kemudian Paris memberi penyelesaian untuk menyelamatkan bumi dengan memperkenalkan mesin dinamakan SodaStream.

Katanya, “Kerana bumi ini sangat comel”.

https://www.facebook.com/parishilton/videos/10154506065053526/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.