Nora dan anak Nazri bernikah semalam

Nora dan anak Nazri bernikah semalam

Nora Danish sah menjadi isteri Nedim selepas 2 kali lafaz.

nora-danish
fmt-ohsem-inside-article1Selepas beberapa tahun menyulam cinta, pelakon popular Nora Danish akhirnya menjadi milik Nedim Nazri dalam satu majlis pernikahan tertutup di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Utusan Melayu Online, Nora, 35, bersama anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, diijabkabulkan pada jam 8.37 malam tadi.

Nora bersyukur dan berharap semua pihak mendoakan kebahagiaannya bersama suami terus berkekalan.

“Sudah lama saya tunggu detik untuk disatukan dengan belahan jiwa saya. Saya harap semua orang akan mendoakan kebahagiaan kami,” kata Nora dalam satu kenyataan.

Mereka menjalin hubungan cinta sejak 2013 dan semalam, Nora sah menjadi isteri Nedim selepas 2 kali lafaz.

Nora berkata, majlis diatur dalam kalangan kelompok kecil ahli keluarga dan kenalan rapat untuk memastikan tidak keterlaluan dalam meraikan hari bahagia mereka.

Lagipun, kedua-dua mempelai pernah melalui fasa perkahwinan dan perpisahan.

“Kami berdua pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah secara sederhana. Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana lebih peribadi dan intim,” katanya petik laporan itu.

Nora memakai gaun putih dengan solekan dilakukan Khir Khalid dan dandanan rambut oleh Ridz Nadzri.

Nora turut ditemani anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan terdahulunya dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Nedim pula ditemani anak lelakinya daripada hasil perkahwinan sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/BSQ36j_jBvO/?tagged=nenosaysido

https://www.instagram.com/p/BSQsU78jHnG/?tagged=nenosaysido

https://www.instagram.com/p/BSSFll-AXi4/?tagged=nenosaysido

https://www.instagram.com/p/BSRY_vRhQX-/?tagged=nenosaysido

https://www.instagram.com/p/BSRTviljRL2/?tagged=nenosaysido

https://www.instagram.com/p/BSSCizdAIkG/?tagged=nenosaysido

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.