Jangan terkejut, kita sebenarnya berenang dalam air kencing

Jangan terkejut, kita sebenarnya berenang dalam air kencing

Kolam dengan 830,000 liter air (1/3 kolam saiz Olimpik) mengandungi 75 liter air kencing, manakala kolam lebih kecil sebanyak 30 liter.

Public-pool1
fmt-ohsem-inside-article1Setiap kali memilih untuk bermandi-manda atau berenang di kolam mandi awam, perkara yang paling diutamakan ialah kebersihannya. Tetapi apakah benar kebersihan itu sekadar yang boleh dilihat dengan mata kasar?

Satu pasukan penyelidikan dari Kanada baru-baru ini mendedahkan penemuan yang mengejutkan mengenai kandungan air kumuhan iaitu air kencing dalam kolam renang.

Ujian itu dijalankan dengan mengukur jumlah air kencing daripada 250 sampel daripada 31 kolam renang dan tab mandi panas di 2 bandar di Kanada.

Penyelidik University of Alberta mendapati sebuah kolam dengan 830,000 liter air, iaitu kira-kira 1/3 kolam bersaiz Olimpik, mempunyai 75 liter air kencing, manakala kolam yang lebih kecil mempunyai 30 liter air kencing.

Manusia berkongsi “pelbagai bahan kimia” daripada badan mereka secara tidak langsung ke dalam kolam rekreasi ini dan berita bagaimana air di kolam renang Sukan Olimpik Rio 2016 bertukar warna dalam tempoh semalaman meletakkan keperluan untuk memantau kualiti air, petik laporan kajian “Journal Solid State Science and Technology Letters”.

Menurut kajian itu, walaupun air kencing bersifat steril (bebas dari kuman), namun ia masih boleh membawa kebimbangan umum apabila dikesan di dalam kolam renang. Ini kerana air kencing yang bercampur dengan bahan kimia kolam boleh membahayakan kesihatan perenang.

Penyelidik itu mengunakan acesulfame-K (ACE), sejenis pemanis tiruan yang mampu diserap sepenuhnya oleh badan manusia sebagai “penanda ideal air kencing’.

Hasilnya, kepekatan ACE di kolam renang dan tab bersamaan dengan 570 kali ganda lebih besar daripada air paip biasa.

Penyelidik menggunakan kepekatan ACE daripada 2 kolam selama lebih 3 minggu untuk mengukur tahap air kencing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.