Bayi kembar ‘berparti’ kantoi, terakam dalam kamera litar

Bayi kembar ‘berparti’ kantoi, terakam dalam kamera litar

Mereka memanjat keluar dari katil bayi dan mula bermain dengan bantal di sekeliling katil mereka

twin
fmt-ohsem-inside-article1Kepada ibu bapa yang selalu merungut tak cukup tidur atau letih menjaga anak semalaman, berita ini sesuai untuk anda.

Abaikan bayi atau kanak-kanak yang meraung atau menangis kerana pelbagai sebab, kita mahu menumpu pada bayi yang bermain dan bersuka ria sepanjang malam. Kita ingin tahu apa sebenarnya yang dilakukan bayi ini sepanjang malam.

Rakaman video sepasang kembar lelaki, Andrew dan Ryan, 2 tahun dari New York mendedahkan rahsia “malam” mereka. Kamera litar dipasang oleh ibu bapa bayi, Jonathan Balkin dan Susan untuk mengintip apa sebenarnya yang dilakukan oleh anak mereka.

“Kami selalu mendengar bunyi gelak tawa dan bualan bayi ketika di ruang tamu. Kami memasang telinga hinggalah memasang kamera litar untuk melihat apa sebenarnya berlaku di dalam bilik tanpa pengawasan,” kata Jonathan kepada majalah People.

Rupanya sepanjang malam, kedua-dua bayi langsung tidak tidur malah seolah “berparti” sesama mereka.

Rakaman menunjukkan bayi ditidurkan dalam katil bayi masing-masing dengan bantuan cahaya lampu di tepi rangka katil.

Selang beberapa minit, mereka memanjat keluar dari katil itu dan mula bermain dengan bantal yang ditempatkan di sekeliling katil mereka, agaknya sebagai pelindung daripada terjatuh.

“Happy hour” mereka kemudian seolah diganggu oleh bapa yang masuk dan menidurkan mereka selain mengemas bilik, mengatur semula semua bantal.

Sekali lagi, bayi kembar itu kembali beraksi beberapa minit selepas yakin bapa mereka sudah tidur. Mereka turun naik katil itu, bermain menggunakan bantal, duduk di sofa dan sebagainya sepanjang rakaman.

Namun, buat kali ke-2 mereka diganggu oleh ibu dan bapa yang masuk ke bilik untuk menidurkan mereka. Bagaimanapun, ia juga tidak berhasil apabila mereka terus bangkit dan hinggalah tamatnya rakaman itu.

“Kami langsung tidak menyangka rakaman ini menjadi tular kerana ia dimuatnaik sekadar untuk perkongsian di kalangan rakan dan kenalan Facebook,” kata Susan.

Jadi, kalau anak anda tidak cukup tidur atau kuat tidur pada siang hari dan ia merisaukan anda, jangan bimbang, mereka mungkin berparti sepanjang malam!

Kalau ragu-ragu, pasang kamera litar dan hantar rakaman itu kepada FMT Ohsem!

https://www.youtube.com/watch?v=hyE5UihMZdI

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.