
Boss saya selalu pesan, kerja dari rumah banyak cabaran. Betul tu, kalau tak percaya tonton video ini.Satu temubual secara langsung dengan koresponden BBC, Robert Kelly di Skype turut merakamkan detik tidak terduga apabila 2 anaknya menyerbu masuk bilik dan cuba mengganggu perbualan bapanya.
Robert Kelly, seorang profesor sains politik di Universiti Kebangsaan Pusan di Korea Selatan ketika itu sedang membuat analisis secara langsung mengenai langkah Korea Selatan untuk mencabar Presidennya.
Dia diserbu 2 anaknya sekali gus mencuri perhatian netizen.
Awalnya anak sulung Robert, Marion, 4, menerjah masuk dan terus menghala ke skrin komputer, kemudian diikuti bayinya, James, 9 bulan dengan menaiki baby walker.
Bagaimanapun Robert dilihat tenang dengan meminta maaf berkali-kali sebelum kedua-dua anaknya itu ditarik keluar oleh ibu mereka.
Dalam laporan berita Daily Mail, ibu kepada Robert, Ellen Kelly mengakui kanak-kanak itu mungkin menyangka dirinya sedang berbual dalam Skype.
“Kami sekeluarga lazim berhubungan melalui Sype, Mungkin kanak-kanak itu mendengar perbualan dan menyangkakan itu adalah saya,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan tersebut.
Wawancara yang terganggu sebentar kerana tindakan kanak-kanak itu bagaimanapun tular di media sosial dan ramai yang menganggapnya sebagai satu momen kelakar, tidak diduga dan comel.
Dalam pada itu, pelbagai “meme” muncul di laman sosial menggunakan gambar daripada klip video wawancara profesor tersebut.