

Terbaru sepasang saintis dari Brazil, Andressa Lucas dan Lauren Menegon, mengejutkan kita dengan penemuan roti menggunakan tepung lipas.
Lipas sebagai sumber makanan bukanlah perkara baru, malah negara seperti Thailand, China, Ghana, Mexico dan Amerika Syarikat menggunakan lipas sebagai sebahagian daripada diet mereka.

Tetapi 2 saintis ini menemui resipi makanan baru iaitu roti yang diperbuat daripada lipas.
Pelajar Federal University of Rio Grande, Brazil ini mencipta resipi roti menggunakan beberapa ekor lipas yang dikisar lumat hingga menjadi tepung dan ia digunakan untuk membuat roti.
“Lipas adalah sumber makanan yang sihat kerana serangga ini kaya dengan kandungan protein yang tinggi sehingga 70%.

“Lipas juga mengandungi 9 asid amino dan lemak yang berkualiti tinggi (omega 3 dan 9),” kata mereka.
Roti ini pula mempunyai kandungan protein 40% lebih tinggi berbanding roti menggunakan tepung gandum biasa.
Tepung lipas boleh digunakan untuk semua jenis bakeri dan jangan risau mengenai kebersihannya, kerana spesis lipas yang digunakan ialah Nauphoeta Cinere yang dibiak sendiri menggunakan sistem penternakan khas dan diberi makan sayur dan buah,” tambahnya.
Okay, bagi yang mengadu harga tepung gandum naik apa kata tangkap semua lipas di rumah, buat tepung dan bakar kek lipas? Dahlah murah, berkhasiat pula.