
Niat membantu tidak mengenal warna kulit, latar sosial atau ekonomi. Bagi seorang despatch, Muhd Khairul membantu rakan gelandangannya yang selalu kelihatan bersiar-siar di sekitar ibu kota ternyata memberi kepuasan yang tidak terhingga kepadanya.
Dalam satu posting di laman sosial Facebook milik Muhd Khairul yang kini tular, dia dilihat membantu seorang gelandangan berbangsa India bernama Ashuk Kumar dengan membawanya ke kedai gunting rambut dan membuat “make over” pada penampilannya.

“Seperti yang dijanjikan aku dengan sahabat aku Ashuk pergi gunting rambut. Aku habiskan masa rehat tengahari aku dengan dia. Berjalan sambil berborak. Ketenangan masa ni Yaallah!!! Allah saja yang tau. Aku rasa bahagia sangat walaupun ramai yang memerhati aku dengan Ashuk ni. Sempat juga aku ambil sekeping 2 gambar untuk menjadikan “kenangan terindah” dalam hidup aku. Hang sahabat aku Ashuk!!” tulisnya.
Walaupun posting itu tidak menceritakan secara lanjut siapa Ashuk dan bagaimana Khairul mengenalinya atau berapa lama persahabatan mereka, jalan ceritanya seolah mereka agak saling mengenali.
Khairul turut menulis, Ashuk mahu mencari pekerjaan dan dia tidak tahu cara membantunya dalam hal itu, namun memberi beberapa keping wang untuk belanja.
“Ashuk cakap dia nak cari kerja. Aku tak tau kerja apa yang aku dapat bantu. Aku mintak maaf Shuk. Dia cakap dia jalan-jalan nanti sambil tanya kerja kosong.”
“Aku lupakan semua masalah aku penat aku demi tanggungjawab dunia. Walaupun aku bukanlah orang yang alim cukup solat cukup ibadah. Insyaallah selagi aku diberi peluang di dunia, selagi aku dimurahkan rezeki aku akan terus menjalankan tanggungjawab. Sesiapa yang ada terdengar jawatan kosong yang boleh sediakan hostel/tempat tinggal boleh la bagitau aku. Tak kisah la kerja apa asalkan Ashuk bekerja. Security pun boleh. Area-area KL,” tulisnya.
Kisah Khairul bersama Ashuk ini sudahpun dikongsi lebih 12,000 kali selain terus dijulang sebagai hero, pemurah hati dan insan yang membantu tanpa melihat warna kulit.
Letchumyy Munu berkata, “Terima kasih, Muhd Khairul atas keikhlasan kamu menolong Ashuk. Tak sangka disebalik muka berjanggut tersembunyi wajah yang tampan. Semoga Tuhan murahkan rezeki mu.”
Manakala seorang lagi pengguna Facebook, Zalinazahir Zahir menyatakan, “Alhamdulillah.. Semoga Mohd khairul sentiasa diberkati Allah… Tak kira la dia bangsa ape.. Semuanye milik Allah..”
Bagi Sirmad Mie Cap Kopi, dia akui ia membawa semangat 1Malaysia yang sebenar.
“Ini baru Satu Malaysia! Terbaik bro! Moga ramai lagi pelbagai kaum yang ada Hati yang hebat untuk sama-sama ada sifat kasih sayang walaupun kita berlainan Bangsa dan Agama! Kita tetap Satu Negara!…..#kemahBohhh.”
https://www.facebook.com/Muhd.Khairul99/posts/1225358054226658