Ronaldo dan Angelina Jolie bakal kongsi layar perak

Ronaldo dan Angelina Jolie bakal kongsi layar perak

Ronaldo dijangka berlakon dalam siri televisyen Turki, Hayat Koprusu yang akan disiarkan di Turki, Timur Tengah dan Amerika Latin.

angelina-jolie-ronaldo
fmt-ohsem-inside-article1Selepas mendedahkan niatnya untuk berkecimpung dalam dunia lakonan tahun lalu, Cristiano Ronaldo bakal dilihat di layar perak bersama bintang Hollywood, Angelina Jolie.

Hero pasukan The Real Madrid itu dijangka berlakon dalam siri televisyen Turki, Hayat Koprusu yang akan disiarkan di Turki, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Penggambaran dijadual bermula pada April di timur-daya Turki berhampiran sempadan Syria.

Ia mengisahkan keluarga Syria yang melarikan diri daripada perang saudara.

“Filem ini akan dibintangi pelakon dari seluruh dunia termasuk Cristiano Ronaldo, Angelina Jolie dan Nancy Ajram,” kata pengarahnya, Eyup Dirlik kepada Turkish Football.

Tahun lepas Ronaldo menyatakan hasratnya untuk menyertai dunia lakonan selepas bersara daripada sukan bola sepak.

“Saya mahu dikelilingi pelakon terbaik supaya dapat belajar. Ini bukan arena saya, ia tiada kaitan dengan bola sepak,” katanya seperti dipetik Sacoor Brothers.

Tambahnya, dia sentiasa terbuka untuk menerima tawaran berlakon kerana menyukai bidang itu.

“Walaupun ia bukan fokus saya pada masa ini, tetapi saya tetap menerima beberapa jemputan,” ujarnya.

Ronaldo juga pernah menunjukkan sokongannya kepada pelarian menerusi mesej video dalam Twitter yang memberi harapan dan menggalakkan kanak-kanak Syria.

“Ini untuk kanak-kanak Syria. Kita semua tahu apa yang mereka lalui. Saya pemain bola sepak yang sangat terkenal, tetapi andalah pahlawan sebenar.

“Jangan hilang harapan. Dunia ini bersama anda. Kami mengambil berat mengenai anda dan saya akan terus bersama,” kata Ronaldo dalam video itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.