Saksikan koleksi pakaian kebangsaan Miss Universe sedunia

Saksikan koleksi pakaian kebangsaan Miss Universe sedunia

Klip video sekitar 2 minit membawa penonton menyaksikan beberapa pakaian kebangsaan yang diperagakan jelitawan Miss Universe 2017

miss-u
fmt-ohsem-inside-article1Wowlah sangat!

Itu sahaja yang mampu dikatakan setelah menonton klip video peragaan pakaian kebangsaan bagi pertandingan Miss Universe 2017 yang sedang berlangsung di Filipina.

Setiap negara tidak ketinggalan mempamerkan kepelbagaian budaya dan kekayaan negara menggunakan kreativiti pereka fesyen dalam pakaian negara masing-masing di atas pentas peragaan berprestij, Miss Universe.

Dari Angola hingga Venezuela mengikut turutan huruf, klip video saluran CNN Philippines berjangka masa 2.05 minit ini satu wrap-up yang mudah untuk kita melihat keunikan persembahan beberapa negara.

Ya, klip ini tidak mempersembahkan semua negara, hanya beberapa sahaja.

Pastinya kita teringin menyaksikan pakaian ratu Malaysia, Kiran Jassal, yang menjunjung menara berkembar Kuala Lumpur pada bahunya.

Setinggi mana menara KLCC, begitulah juga sokongan kami. Ehem, agak-agak boleh jangka tak pakaian yang akan menang?

Special mention oleh FMT Ohsem ialah pakaian kebangsaan peserta Thailand, Filipina, Indonesia, Nicaragua, Panama dan Amerika Syarikat.

Jangan lupa tonton acara final Miss Universe pada 30 Januari jam 8.00 malam secara langsung dalam saluran Starworld 711 di Astro.

Good luck Kiran Jassal!

Di bawah, FMT Ohsem kongsi klip video peragaan Miss Universe National Costume yang dikongsi dalam laman CNN Philippines.

Link website untuk video: Scene-stealers at the Miss Universe national costume show

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.