
Kita semua teruja menonton iklan perayaan. Ia merupakan musim syarikat besar menunjukkan kepakaran komunikasi audio video mereka.Pada musim Tahun Baharu Cina kali ini, FMT Ohsem menyorot 5 iklan paling “umphh”.
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Tenaga Nasional Berhad (TNB) betul-betul fikir di luar kotak woo… Tak sangka mereka boleh tampil dengan konsep zaman tradisional, lengkap berpakaian, solekan dan dandanan rambut era empayar maharaja Cina. Memasukkan elemen lawak menerusi cabaran memasak mak mertua kepada 3 menantunya, persembahannya memang “win”. Pesanan akhir ialah mengenai “bersatu”. Memang “impressive” dengan set latar belakang, grafik dan persembahannya.
Bank Simpanan Nasional
“Gong xi gong xi gong xi he…..” ini lagu rasmi setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina. Setiap rakyat Malaysia tak kira latar belakang mesti tak ketinggalan menyanyikan lagu ini, walaupun lirik pun belasah jer.
Mengambil elemen lagu “rasmi” itu, BSN tampil dengan video iklan tahun baharunya. Disampaikan secara humor dengan memberi erti kepada setiap lirik, kelakar juga.
Malaysia Airlines
Bagaimana pula dengan iklan Tahun Baharu Cina tanpa seorang pun yang berbangsa Cina. Itulah keunikan iklan Malaysian Airlines (MAS) yang tampil segar dengan pelakon pelbagai bangsa kecuali Cina, berkongsi komen mereka mengenai tahun baharu menggunakan 3 dialek Mandarin, Kantonis dan Hokien.
Petronas
Sebut sahaja iklan Petronas, kita terfikir mengenai perayaan dan mesej tersirat. Setiap tahun ada sahaja mesej mendalam. Kali ini, mengenai 5 sekawan yang tercabar apabila tidak dapat mengail ikan besar di kolam. Iklan ini dibawa dalam bentuk filem pendek.
Upin Ipin
https://www.youtube.com/watch?v=zOM3mmj1-Io
Watak animasi tempatan Upin Ipin pun ada video untuk tahun ayam jantan ini. Cute sangat watak yang dibawa Mei Mei, Fizi, Mail, Devi dan pak cik Ah Tong dalam video ni.