Jackie Chan menari gelek dalam Kung Fu Yoga

Jackie Chan menari gelek dalam Kung Fu Yoga

Aksi ikon Hong Kong menyuntik elemen segar dalam filem komedi ini. Can't wait to watch it!

Kung-Fu-Yoga
fmt-ohsem-inside-article1Kelakar pula tonton prebiu filem Kung Fu Yoga. Manakan tidak, pelakon utamanya Jackie Chan dilihat menari dengan pakaian kurtha lengkap berjaket dan bindhi (tanda merah) pada dahinya. Oh, dan dikelilingi penari India berpakaian seksi.

Amboi, selepas melakar nama di Hollywood, veteran filem Hong Kong mencuba nasib di Bollywood nampaknya. Apapun beruntungnya Bollywood dapat bekerjasama dengan ikon lasak antarabangsa Jackie Chan. Siapa tak suka beliau?

Aksi Jackie menari ternyata menyuntik elemen segar dalam filem komedi ini. Can’t wait to watch it!

Jackie akui tarian India sesuatu yang sukar baginya, mendorong pereka tari terkemuka India, Farah Khan Kunder menyusun gerak tari yang mudah untuk ikon kung fu itu.

Jackie tampak sangat comel dalam set Bollywood dikelilingi penari yang anggun dan tampan!

Dalam filem Kung Fu Yoga, Jackie memainkan watak seorang profesor arkeologi dan juru tempur bernama Jack Chan. Kisahnya lebih kurang seperti cerita Indiana Jones, ala-ala memburu harta karun.

Jack berkunjung ke satu institusi yoga dan menemui Prof Ashmita (pelakon seksi Amyra Dastur), Kyra (pelakon jelita Disha Patani) untuk mencari harta karun kepunyaan kerajaan silam Magadha yang hilang di Tibet.

Pengembaraan ini menemukan Jack dengan antagonis, Randall (pelakon segak Sonu Sood).

Bukan main teruja Sonu dapat berganding dengan ikon dunia ini. Dalam satu temuramah, Sonu akui keterujaannya sehingga mahu mengajak Perdana Menteri India Narendra Modi menyaksikan prebiu filem bersamanya.

Jalan cerita Kung Fu Yoga, sepertimana filem Jackie sebelum ini, mudah dan boleh dijangka, namun jarang mengecewakan kerana mempunyai kelainan tersendiri.

Filem 1 jam 37 minit ini juga akan dimainkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.

Kung Fu Yoga akan ditayangkan bermula malam ini. Mungkin selepas makan malam besar Tahun Baru Cina kita gegar panggung wayang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.