

“Toilet” kata seorang kawan, “Changing room dalam butik atau kedai pakaian! Boleh cuba pelbagai pakaian dan berselfie!” kata seorang lagi.
Ehem, memang betul, tandas salah satu tempat pilihan, sebaik touch-up dan berkemas, dengan pengcahayaan yang cun, tipulah kalau tiada orang yang tidak berselfie depan tandas (ni untuk kaki selfie). Tapi pandai-pandailah cari sudut yang sesuai ye, jangan sampai mangkuk tandas terlihat, rosaklah selfie anda!
Ok, di bawah senarai 10 tempat pilihan berselfie:
1. Berlatarkan cermin di bawah cahaya lampu di tandas
Hmm, apatah lagi kalau tandas tu umpama 5 bintang, siap berhias pasu berbunga orkid yang cantik, bingkai cermin motif yang unik, selain cahaya, refleksi pada dinding bermarmar, fuh, mesti cun kan? Okay, jangan lepaskan peluang berselfie atau wefie di sini!
2. Bilik persalinan
Lazimnya cermin penuh adalah motivasi selain cahaya lampu. Kalau tempat lain kita mampu rakam gambar wajah, yang ini sesuai untuk seluruh diri. Alang-alang try baju baru, ambil sahaja selfie. Sambil menyelam minum air!
3. Dalam kereta, siap dengan tali keselamatan
Ah ha… duduk lama-lama dalam kesesakan lalu-lintas, tak tahu apa nak buat, ambil fon dan rakam selfie. Ini bukan cadangan, tapi tabiat kebanyakan kita. Cahaya semula jadi dari luar, latar kereta memberikan gambar yang kita sukai.
4. Di meja kerja, sambil tunjuk timbunan fail
Ya, orang kita suka tunjuk meja pejabat dengan timbunan fail di kedua belah komputer, pasu bunga kecil dan beberapa barangan hiasan. Macam selalu buat eh?
5. Selfie berlatarkan pemandangan atau bangunan
Alang-alang di KL, tak sempurnalah kalau tak selfie berlatarkan bangunan KLCC, Menara KL, Parlimen, pusat beli-belah atau pemandangan ikonik. Betul tak? Kegilaan ini bukan sahaja terhad di Malaysia, malah selfie ini juga terkenal di kalangan pelancong.
6. Depan logo, pelik atau terkenal
Depan logo? Ya misalnya, logo Google, Hard Rock Cafe, Zouk (ehem), papan iklan Melaka Bandaraya Bersejarah, saluran tv seperti TV3, Astro Ria, saluran radio seperti RTM, Suria, dan banyak lagi. Tidak ketinggalan selfie depan logo syarikat sendiri atau keluarga. Ala, promosi sikitlah.
7. Di majlis, wohoo wajib tu!
Okay, yang ini wajib dan tak boleh dipersoal atau dielak. Hampir dalam setiap majlis, perkahwinan, kelahiran anak, ulang tahun, atau parti bersama rakan, wajib ada selfie atau lazimnya wefie. Rakam detik kegembiraan tak salah, tapi yang berselfie di majlis pengebumian, depan mayat dan kubur tu apa cerita?
8. Dengan kawan, artis, orang terkenal, VIP, VVIP, tumpang glamour la tu!
Uish, sekali dapat jumpa Amy Search atau anaknya Nabila Huda, pemenang AJL, Dayang Nurfaizah, bukan main beriya nak berselfie. Ada yang rakam detik geser pipi kot! Tak kisahlah di mana sahaja lokasi itu, keterujaan dapat jumpa artis kegemaran adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan, betul tak?
Satu lagi, selfie bila bersua menteri atau orang besar VIP gitu. Yang tak tahan tu, ada yang selfie dengan menteri pun boleh buat aksi muncung mulut.
9. Gym atau pusat kecergasan
Mana boleh tertinggal yang ini… Ini adalah lokasi pilihan kaki gym dan mereka yang “berpura-pura” buat work-out. Sekadar lengkap dengan baju dan seluar sukan berjenama, aksesori tambahan berlatarkan mesin kecerdasan, ada yang melangkah masuk semata-mata untuk berselfie dan “menunjuk” kepada dunia.
10. Dalam bilik tidur, depan cermin berhias… hari-hari pun!
Setiap kali bersiap depan meja hias, wajib berselfie untuk menilai kesempurnaan diri. Walaupun tidak dimuatnaik dalam laman sosial, gambar selfie setiap hari depan cermin berhias dah jadi macam wajib. Ehem, saya tak intai anda tapi saya tahu…. sebab saya pun buat juga! Hehe..