Nak awet muda? Baca…

Nak awet muda? Baca…

Umpama serampang 2 mata, menderma darah menyihatkan tubuh sambil menyelamatkan nyawa insan.

blood-donate
fmt-ohsem-inside-article1Menderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, malah lebih kerap anda melakukannya, tubuh jadi lebih sihat, muda dan berkemungkinan kekal ramping.

Tak percaya?

Sekarang juga hubungi atau lawat hospital terdekat dan dermalah darah anda.

Lagipun, dikhabarkan bekalan darah di beberapa hospital dan pusat darah berkurangan, khususnya bagi darah kumpulan A dan O.

Umpama serampang 2 mata, menikmati kebaikan kesihatan sambil menyelamatkan nyawa orang.

Eh, jap, sebelum berbuat demikian pastikan anda layak atau “cukup sihat” untuk menderma. Apa kelayakannya?

(Dipetik dari laman Pusat Darah Negara)
1. Kenalah sihat, jangan yang uzur atau tengah sakit atau dalam rawatan kesihatan yang kritikal. Faham-fahamlah!

2. Ada had usia, periksa sebelum menderma. Biasanya 18 hingga 60 tahun, layak.

3. Kurus sangat pun tak boleh, kena lebih 45kg.

4. Pastikan cukup tidur, minimum 5 jam.

5. Isi perut sebelum menderma darah.

6. Paling penting, tak terlibat dalam amalan tidak sihat seperti seks sesama jantina (homoseksual), kedua-dua jantina (biseksual), pekerja seks mahupun bertukar-tukar pasangan. Kalau dah sebut amalan tidak sihat, termasuk, pengambilan dadah.

7. Kalau pernah derma, kena bagi “break” untuk 3 bulan.

8. Bagi penderma wanita, “big no no” kalau anda mengandung, didatangi haid atau menyusukan anak.

Okay, sekarang manfaat derma darah?

1. Anda rasa seronok menyelamatkan nyawa orang? Dermalah darah.

2. Anda mahu hilang kalori? Ya, sekali derma, anda bakar 650 kalori dan ehem…. boleh kurangkan berat badan tu.

3. Baik untuk jantung.

4. Kurangkan risiko kanser.

5. Anda boleh dapat pemeriksaan perubatan percuma. Ini kerana pihak hospital tidak sewenang-wenangnya ambil darah anda, mereka buat pemeriksaan rapi dan anda akan didedahkan dengan keputusan itu.

6. Mengelak penuaan pra-matang. Bila menderma darah, hilang kalori (yang agak banyak), kekal sihat kerana badan memproses darah baru dan beri anda awet muda. Wow, nak pegi sekarang juga!

Terakhir, kepuasan rohani. Bestnyer rasa bila badan proses semula darah baru.

Jangan tunggu lagi, ada yang sedang menunggu anda untuk menyelamatkan nyawa insan tersayang mereka.

um-1

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.