
Mr Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson kembali lagi, kali ini dalam sebuah filem Cina! Ya, Hong Kong made!Tak pasti jika Rowan akan bercakap dalam bahasa Mandarin/Kantonis atau berbahasa Inggeris, yang pasti penampilan terbarunya itu sempena Tahun Baharu Cina 2017.
Filem, “Top Funny Comedian: The Movie” menceritakan sekumpulan rakan terlibat dalam rancangan realiti televisyen. Maklumat lanjut? Maaf, belum ada lagi.
Apapun, dalam poster filem itu, kelihatan Rowan menyarungkan balung merah seperti ayam jantan di atas kepalanya bersama barisan pelakon Cina lain. Hmm… Tahun baharu ayam jantanlah sangat!
Apa yang anda perlu tahu tentang Mr Bean:
- Rowan seorang berpendidikan tinggi dalam bidang kejuruteraan. Ya, dia seorang jurutera elektrikal! Whoa…
- Menyertai pengajian tinggi di 2 institusi terkemuka, Universiti Newcastle dan Universiti Oxford. Rowan mendapat tawaran dalam industri hiburan ketika melanjutkan pelajaran PhDnya. Tabik!
- Ketika menuntut di Sekolah Durham Choristers, Rowan adalah rakan sekelas bekas perdana menteri United Kingdon, Tony Blair.
- Mungkin nampak dungu dan comel dengan kereta kecil hijaunya, Rowan juga penggemar dan pemilik kereta pelbagai jenama mewah serta tidak dilupakan seorang pelumba juga.
- Rowan dikatakan menghadapi kesukaran menyebut perkataan bermula huruf “B” diikuti vokal. Jadi, dia akan berhenti seketika sebelum menuturkan kata-kata itu. Apapun, tetap comel!
- Mr Bean adalah sitkom 15 episod. Hanya 15! Rasa macam menonton beratus, beribu episod? Sedarlah, anda hanya menonton siaran ulangan yang tak pernah membosankan!
- Sebelum karakter Mr Bean diperkenalkan, Rowan mencadangkan beberapa nama iaitu Mr White dan Mr Cauliflower. Mr Cauliflower? Oh, nasib baik bukan nama itu yang dipilih.
- Rowan bersara daripada karektor Mr Bean pada 2012 selepas sedar ia terlalu keanak-anakan dengan identitinya. Comm’on, kami sukakannya!
- Mr Bean ditayangkan di lebih 200 negara. Tak cukup dengan itu, kita masih menontonnya di Youtube.
- Selain siri komedi, watak Mr Bean turut diadaptasi ke dalam filem, kartun, permainan video dan komik.
- Sedihnya, lelaki paling kelakar ini juga antara orang kerap dilibatkan dengan pelbagai kisah sensasi di media sosial. Dia sering dikaitkan dengan berita seperti mati kemalangan, bunuh diri, menukar agama dan banyak lagi.
- Ok, berapa harta milik pelawak popular ini? Dianggarkan nilai harta bagi pelawak, pelakon dan penulis skrip ini ialah AS$130 million. Wohoo!!!
https://www.youtube.com/watch?v=thSwGA4bLkU