
Selepas membintangi lebih 200 filem sepanjang tempoh 56 tahun dalam dunia perfilemen, bintang Hong Kong dan Hollywood, Datuk Jackie Chan akhirnya diiktiraf dengan anugerah Oscar pada hari Sabtu lalu dalam Anugerah Governors 2016.Dua puluh tiga tahun dahulu, Jackie Chan pernah berjanji pada dirinya akan membawa pulang patung Oscar selepas melihat patung itu di kediaman pelakon Hollywood, Sylvester Stallone.
“Saya melihat, menyentuh dan menciumnya. Saya pasti kesan cap jari saya masih ada pada patung itu. Saya mahu memilikinya. Apabila menerima panggilan daripada Presiden Academy, Cheryl Boone Isaacs, saya seolah-olah tidak percaya,” kata Jackie Chan pada malam dia menerima patung Oscar itu, lapor Reuters.
“Adakah anda pasti,” itu soalan Jackie Chan kepada presiden Academy selepas menerima panggilan pemberitahuan.
Beliau dianugerahkan Oscar Kehormat ekoran beberapa dekad kerjayanya dalam filem oleh Akademi Motion Picture Arts dan Lembaga Sains Gabenor.
Pelakon yang berusia 62 tahun itu menerima anugerah tersebut dari 3 pelakon Hollywood, Tom Hanks, Michelle Yeoh dan Chris Tucker.
Jackie Chan mengucapkan terima kasih kepada peminat sambil akui mereka adalah alasan dia terus membuat filem yang memerlukannya melompat melalui tingkap, menendang dan menumbuk dan memecahkan tulang saya.