Kecil hati dengan komen Ramli, Elly tarik diri dari Gegar Vaganza

Kecil hati dengan komen Ramli, Elly tarik diri dari Gegar Vaganza

Keputusan itu dibuat di belakang pentas sebaik selepas Ramli mengulas persembahannya bersama Achong ketika menyanyikan lagu Jangan Menangis Sayang.

EllyMazlein
Kredit gambar Astro Gempak
fmt ohsem inside articlePeserta program realiti Gegar Vaganza, Elly Mazlein menjadi tajuk berita utama dunia hiburan tempatan selepas dia mengambil keputusan menarik diri daripada pertandingan itu sebelum diisytiharkan tersingkir malam tadi.

Berita Harian (BH) melaporkan, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, bertindak demikian selepas berkecil hati dengan komen juri tetap program itu, Datuk Ramli MS yang berkata keputusan mengenai Elly terpulang kepada belas ihsan Astro.

Keputusan itu dibuat di belakang pentas sebaik selepas Ramli mengulas persembahannya bersama Achong ketika menyanyikan lagu Jangan Menangis Sayang.

“Komen itu sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri.

“Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,” katanya petik BH.

Elly berkata demikian dalam sidang media selepas tamat konsert minggu ke-4 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

Sebelum itu, Elly dikatakan tidak mendapat sebarang lagu untuk konsert ke-5 sekali gus dipercayai tersingkir daripada program itu.

“Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku,” katanya.

Elly juga menerima insiden yang berlaku sebagai dugaan dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata mengikut format persembahan pada minggu tersebut, ada penyingkiran dan Elly tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Sarah yang mendapat 74.6.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.