Isu cukai: Nora Danish dakwa penyampaian diputar belit

Isu cukai: Nora Danish dakwa penyampaian diputar belit

Nora akan check siapa yang cuba sensasikan berita ini, kata pelakon tersebut di Instagram

nora-danish
Kredit gambar: Instagram @noradanish
fmt ohsem inside articleMedia sosial hari ini kecoh dengan berita pelakon Nora Danish yang mencadangkan agar golongan artis diberi sedikit pelepasan cukai untuk menjaga penampilan diri.

Di Twitter, rata-rata netizen mengutuk kenyataan dibuat pelakon tersebut, walaupun pada dasarnya, ia hanyalah satu cadangan.

Menyedari kenyataannya telah menimbulkan pelbagai komen, Nora memuatnaik kenyataan pendek di laman Instagramnya.

“Issue LHDN, tak buat salah pun kena marah. Ni mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Takpa I’m on the way back home, Nora akan check siapa yang cuba sensasikan berita ini,” kata pelakon tersebut yang dikatakan berada di luar negara.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Nora membuat cadangan tersebut berdasarkan alasan bahawa artis sepertinya banyak mengeluarkan wang untuk menjaga penampilan diri yang boleh dimasukkan sebagai kos kerja.

Mengakui bahawa keperluan membayar cukai merupakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, Nora berkata beliau membayar cukai pada waktu yang ditetapkan.

“Bagi saya jumlah yang perlu dibayar tidaklah terlalu mengejutkan. Ini memandangkan saya sudah membayar sejak dari awal, setiap tahun, jadi ia masih dalam jumlah yang okay sebab tiada tunggakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Isu cukai pendapatan menjadi topik bualan hangat semenjak kebelakangan ini setelah pelakon Rozita Che Wan disekat ke luar negara selepas berhadapan masalah cukai tertunggak.

Che Ta menjelaskan beliau sudah membayar separuh daripada tunggakan cukai pendapatannya yang mencecah hampir RM1 juta dan sedang berusaha melangsaikan sebahagian bakinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.