

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dipetik Bernama berkata, 6 pelajar dan seorang orang awam turut cedera dalam kejadian itu.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.
Pegawai perhubungan awam Hospital Kuala Lumpur yang dipetik agensi berita itu berkata, 4 mangsa kritikal dan 3 cedera ringan kini dirawat di hospital itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, 14 pelajar dan 4 guru berjaya menyelamatkan diri.
Beliau berkata, ramai mangsa terperangkap dalam kebakaran itu kerana pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu pintu keluar masuk.
Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan pusat tahfiz itu tidak mempunyai permit operasi.
Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan 3 tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.