Tunku Besar Tampin, Che Puan Isteri sumbang daging korban

Tunku Besar Tampin, Che Puan Isteri sumbang daging korban

Empat lembu dikorbankan untuk diagih kepada 100 penerima sekitar daerah Tampin.

Che Puan Isteri Anis Sobari ditemani Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri menyampaikan sumbangan korban kepada penerima di pekarangan Surau al- Khusyu’, Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin. (Gambar Tunku Besar Tampin)
PETALING JAYA:
Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri menyampaikan sumbangan daging korban kepada 100 penerima dalam kalangan asnaf di daerah itu sempena Aidiladha.

Majlis itu dianjurkan dengan kerjasama Yayasan VFive Group melibatkan korban empat lembu sebagai usaha memastikan nikmat dan keberkatan Aidiladha dikongsi bersama masyarakat setempat, khususnya golongan memerlukan.

Tunku Syed Razman bertitah, semangat Aidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan, dan keprihatinan sesama insan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan VFive Group atas sumbangan serta kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ibadah korban ini.

“Rezeki yang dikongsi bersama ini diharap dapat membawa kegembiraan kepada golongan memerlukan, selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat,” titahnya.

Program itu berlangsung di pekarangan Surau al-Khusyu’, Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin itu yang turut dihadiri isteri, Che Puan Isteri Anis Sobari.

Che Puan Isteri Anis turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima pada majlis berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.