
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Jemaah terdiri daripada anak kariah Kota Raja Arau, rakyat Perlis serta umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Solat sunat Aidiladha itu diimamkan Imam Besar Negeri Perlis, Amnan Muthqa Azanol.

Khutbah Aidiladha bertajuk ‘Pengorbanan Memajukan Umat Islam’ pula disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mohd Nazim Mohd Noor.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah sambutan Aidiladha terus menyemarakkan syiar Islam selain memperkukuh penghayatan nilai keikhlasan, ketaatan dan semangat pengorbanan dalam kehidupan seharian.

Baginda bertitah, nilai murni itu menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan berdaya maju, selain terus mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Baginda sekeluarga turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Perlis.