
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.65 seliter berbanding RM4.85 seliter setakat hari ini, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM3.92 seliter, turun daripada RM4.07 seliter.
Harga diesel di Semenanjung ditetapkan pada RM4.87 seliter, turun daripada RM4.97 seliter.
Harga bahan api tersebut berkuat kuasa hingga 3 Jun.
Sementara itu, harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Bagi petrol bersubsidi di bawah sistem kawalan petrol bersubsidi (SKPS), harganya kekal RM2.05 seliter, dan diesel bersubsidi di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) juga kekal pada RM2.15 seliter.
“Harga minyak mentah Brent mutakhir ini kekal melepasi USD100 setong, iaitu lebih 50% lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar USD60 hingga USD70 setong. Keadaan ini turut disertai peningkatan kos penghantaran dan premium insurans akibat risiko laluan perdagangan di zon konflik.
“Kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara,” katanya dalam kenyataan.