
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kejadian kira-kira 8.25 malam itu memusnahkan kilang pembuatan minuman kesihatan dan kabinet dapur.
Katanya, sebuah asrama pekerja yang menempatkan lapan pekerja kilang warga asing turut musnah dalam kejadian itu, lapor Bernama.
Menurutnya, semua pekerja terdiri daripada masing-masing seorang pekerja Myanmar dan Vietnam serta dua pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Nepal berjaya menyelamatkan diri.
Beliau berkata kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 10.22 malam sebelum operasi tamat dua jam kemudian selepas pihaknya memastikan tiada bara atau api di situ.
Menurutnya, 30 pegawai dan anggota bomba dari tiga balai bomba serta penyelamat terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu dan turut dibantu lebih 100 orang daripada 17 Pasukan Bomba Sukarela.