
Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba Sungai Petani, Siti Norafiza Mohd Noh berkata pihaknya menerima panggilan menerusi sistem NG 999 pada 7.52 malam tadi.
“Letupan dipercayai melibatkan satu unit tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan.
“Setakat ini, seorang lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Azmi Ahmad dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa termasuk remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi masih berjalan di lokasi dan dijangka berlaku pertambahan bilangan mangsa yang mengalami kecederaan.