
Peguam Rayer, K Kumarathiraviam, berkata Hakim Mahkamah Sesyen Norsalha Hamzah juga mengarahkan S Murugesan, 50, membayar kos RM4,000 kepada Ahli Parlimen DAP itu.
Rayer menyaman Murugesan berkait beberapa video dikeluarkan pada September 2024 di aplikasi WhatsApp, TikTok, dan Facebook.
Ahli Parlimen itu berkata, video berkenaan berunsur fitnah dan telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang peguam, wakil rakyat, pemimpin DAP serta pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB).
Rayer berkata, kenyataan dibuat Murugesan dalam video tersebut telah ditonton secara meluas dan menarik banyak komen, sekali gus mencemarkan reputasi dan nama baiknya.
Antara lain, beliau berkata kenyataan itu membayangkan beliau mencuri dana PHEB dan sedang merancang untuk mencuri atau menyalahgunakan lebih banyak wang.
Rayer juga telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 24 Nov 2024.