Mahkamah tolak permohonan SPRM peroleh perintah larangan akses harta Naimah, anak

Mahkamah tolak permohonan SPRM peroleh perintah larangan akses harta Naimah, anak

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal memenuhi peruntukan di bawah AMLATFPUAA 2001.

Naimah Khalid
Pada 19 Jun tahun lalu, SPRM selaku pendakwa raya memfailkan permohonan ex-parte untuk menghalang Naimah, anaknya Muhammed Amir Zainuddin dan tujuh pihak lain daripada menguruskan harta yang berada di luar Malaysia iaitu wang pelaburan GBP21 juta dan USD99 juta di Singapura.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk mendapatkan perintah larangan terhadap wang pelaburan berjumlah RM548 juta yang didakwa dimiliki isteri bekas menteri kewangan, Naimah Khalid, anaknya dan tujuh pihak lain dalam beberapa akaun bank Singapura.

Hakim Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan selaku pemohon gagal memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Peruntukan di bawah Seksyen 53 AMLATFPUAA tidak dipenuhi, oleh itu permohonan tersebut ditolak,” kata hakim itu.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat hadir bagi pihak pendakwaan manakala Naimah, anaknya dan tujuh pihak lain diwakili peguam Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au.

Pada 19 Jun 2025, SPRM selaku pendakwa raya memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) untuk menghalang Naimah, anaknya Muhammed Amir Zainuddin, dua individu, lima syarikat atau mana-mana pihak berkaitan dengannya daripada menguruskan harta yang berada di luar Malaysia iaitu wang pelaburan GBP21 juta (kira-kira RM121 juta) dan USD99 juta (kira-kira RM423 juta) di Singapura.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 AMLATFPUAA 2001 susulan siasatan mengikut Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan dan Seksyen 4(1) .

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.