
Beliau berkata, kejayaan IWK itu mencerminkan komitmen tinggi Malaysia dalam memperkukuh pengurusan air dan sanitasi secara mampan selaras Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
“Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk memperkukuh usaha membina negara yang lebih lestari, inklusif dan sejahtera demi generasi akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Selasa lalu, IWK dinobatkan juara kategori Anugerah Matlamat Pembangunan Mampan 6 (SDG 6) pada Anugerah Air Global 2026 sempena Sidang Kemuncak Air Global.
Anugerah itu bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang, kepimpinan dalam kelestarian serta inovasi teknologi dalam industri air global.
Anugerah yang disampaikan Global Water Intelligence itu mengiktiraf penyertaan IWK bertajuk “Solar-powered Sanitation: No Upfront Cost, Cuts Emissions” yang mempamerkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui mampu memperkukuh prestasi operasi rawatan air sisa kumbahan, di samping memacu pembangunan infrastruktur mampan serta memperkukuh daya tahan kewangan.