
Sinar Harian melaporkan, Chai Guan Cheong, 38, Cheng Kan Loon, 41, dan Koh Kim Yang, 41, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Ong Meng Seong, 38, di Jalan Balakong Batu 11, Cheras antara 12.04 tengah malam, 4 Mei hingga 11 malam, 16 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin manakala Koh diwakili peguam, Asyraaf Abu Bakar Hamzah. Dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak dibenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.