
Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Jambatan Sungai Johor sepanjang 1.7km.
Pembinaan jambatan yang menghubungkan Sebuyau dan Maludam itu bermula pada Mac 2021, lapor The Borneo Post.
Jambatan baharu itu merupakan sebahagian daripada transformasi infrastruktur lebih besar Sarawak menerusi Program Rangkaian Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua, yang bertujuan meningkatkan hubungan antara kawasan pesisir dan bandar utama.
Projek bernilai RM848.75 juta itu dilaksanakan menerusi usaha sama antara Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd, dan China Railway Major Bridge Engineering Group Co Ltd.
Premier Sarawak Abang Johari Openg memberitahu DUN negeri semalam bahawa jambatan itu akan memudahkan perjalanan rakyat dan tidak lagi perlu menunggu perkhidmatan feri.
“Dengan jambatan ini, rakyat dapat balik kampung dengan mudah sempena sambutan Hari Raya Haji dan Hari Gawai Dayak. Tidak perlu lagi menunggu feri,” katanya
Perkhidmatan feri Sebuyau-Triso turut ditamatkan secara berperingkat, sekali gus menamatkan kebergantungan penduduk dan pengguna jalan raya terhadap pengangkutan air sejak berdekad lamanya bagi perjalanan antara kawasan pesisir.