
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dimaklumkan sewaktu menerima kunjungan hormat daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk Robin Khuda bersama delegasi semalam.
Beliau berkata, kunjungan hormat itu turut melibatkan perbincangan yang menyentuh kemajuan semasa berhubung pembinaan pusat data AirTrunk di Johor dan rangka kerja lokalisasi untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai pusat data.
“Komitmen pelaburan ini amat dialu-alukan dan diyakini akan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif dan berkeupayaan tinggi.
“Keputusan ini mencerminkan keyakinan para pelabur, terutamanya syarikat-syarikat teknologi global akan kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik tatkala kerajaan memperkemas dasar serta tahap kecekapan pembangunan dan operasi pusat-pusat data,” kata Anwar menerusi hantaran di X.