James Chai sambung beri keterangan pada SPRM

James Chai sambung beri keterangan pada SPRM

Bekas pembantu Rafizi Ramli hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi sambung beri keterangan pada hari kedua siasatan.

James Chai
James Chai hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya pada 9.45 pagi tadi.
PETALING JAYA:
James Chai, bekas pembantu kepada bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk menyambung memberi keterangan pada hari kedua siasatan.

Chai tiba pada 9.45 pagi untuk bantu siasatan dakwaan salah laku dalam perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan pembuat cip Arm Holdings yang ditandatangani Mac tahun lalu, lapor Bernama.

Semalam, Chai disoal-siasat pegawai SPRM lebih lapan jam selepas pulang dari UK, tempat beliau kini bekerja.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini berkata 12 saksi daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk seorang bekas menteri, telah memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Pegawai lain yang terlibat termasuk pegawai kanan di Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.