
M Saravanan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, selepas barang bersubsidi itu ditemui dalam lorinya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Sekolah Kebangsaan Marian Convent di Jalan Air Jernih, di sini, pada 24 April lalu.
Jika sabit kesalahan, Saravanan berdepan denda maksimum RM1 juta atau hukuman penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin. Pengurusan kes ditetapkan 2 Jun ini.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, K Selvaraju dan Izzat Ariff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.