
Pengasasnya Dr Abdul Haq Ab Wasa berkata pada peringkat awal pihaknya menyalurkan sumbangan kewangan bagi membantu keperluan segera pengurusan maahad serta pelajar terjejas.
“Kami kini sedang menilai bentuk sokongan susulan lebih tersusun bagi membantu proses pemulihan Maahad Tahfiz Miftahul Ulum,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mengajak syarikat swasta lain bersama membangunkan pusat terbabit.
“Kami percaya apabila sesuatu berlaku dalam komuniti, kita semua ada tanggungjawab untuk membantu.”
Dalam kejadian pada Disember 2023, blok asrama lelaki maahad itu yang turut mengandungi kedai koperasi dan ruang dapur musnah terbakar.