3 ditahan, rokok seludup lebih RM1 juta dirampas

3 ditahan, rokok seludup lebih RM1 juta dirampas

Polis berkata 5,111 karton rokok pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah RM1.02 juta dirampas.

handcuff
Komander Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Zaki Ashar berkata seorang penyelia dan dua pekerja ditahan. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Tiga ditahan, manakala rokok seludup dianggarkan lebih RM1 juta dirampas di sebuah rumah di Taman Sri Serdang, Selangor, malam tadi.

Komander Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Zaki Ashar, berkata seorang penyelia dan dua pekerja berusia 34 hingga 43 tahun ditahan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati rokok itu disimpan di beberapa ruang dalam rumah, termasuk ruang tamu, bilik utama, bilik kedua, stor dan ruang rehat.

Beliau berkata, sebanyak 5,111 karton rokok pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah RM1.02 juta dirampas, dengan keseluruhan nilai termasuk cukai dianggarkan mencecah RM1.28 juta.

“Operasi ini berjaya mematahkan rangkaian sindiket penyimpanan, pengedaran dan penjualan rokok tanpa cukai di sekitar Lembah Klang dan ke luar negara,” katanya menurut Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan menyimpan rokok tanpa cukai berkastam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.