
Polis Negeri Sembilan dalam catatan Facebooknya berkata, Fairus yang koma sejak nahas itu, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Seremban pada 6.10 pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, mewakili kontinjen negeri itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Dalam kejadian kira-kira 7.55 pagi 2 Jun 2025, Fairus patah tulang rusuk dan mengalami pendarahan dalaman di kepala selepas hilang kawalan serta terbabas apabila motosikalnya dilanggar sebuah kenderaan.
Sabtu lalu, Rozalina Jaafar dipetik Sinar Harian berkata, suaminya terpaksa menjalani lima pembedahan di kepala untuk mengeluarkan cecair.
Beliau turut kecewa kerana sehingga kini suspek terbabit kes langgar lari suaminya belum tampil.