
Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa yang mengalami kecederaan di kepala ditemukan pada 12.05 tengah malam oleh peronda cegah jenayah.
“Siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri bersama mayat lelaki yang dipercayai warga asing berusia lingkungan 20-an itu,” menurut kenyataan.
Bedah siasat oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesahkan punca kematian akibat kecederaan daripada hentakan objek keras dan tumpul pada bahagian kepala.
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Suhami Mat, di talian 019-2327008.