
Sumber berkata, kedua-dua suspek ditahan sekitar 6.30 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan penahanan.
Katanya, siasatan dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang.
“SPRM tidak akan berkompromi dengan pihak terlibat dalam perbuatan rasuah tanpa mengira kedudukan atau jawatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.