Wanita bebas tuduhan abai anak asuhan hingga cedera di mata

Wanita bebas tuduhan abai anak asuhan hingga cedera di mata

Wanita itu dituduh meninggalkan anak jirannya tanpa persediaan, pengawasan dan pemeliharaan munasabah di sebuah rumah di Taman Putra Permai 2, Ipoh pada 24 Julai 2023.

Mahkamah Sesyen Ipoh turut memerintahkan wang jaminan RM5,000 yang dibayar Norriza Khamis dikembalikan. (Gambar Wikimedia Commons)
PETALING JAYA:
Seorang wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pengabaian anak asuhannya sehingga cedera di mata tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Ainul Shahrin Mohamad turut memerintahkan wang jaminan RM5,000 yang dibayar Norriza Khamis, 48, dikembalikan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

“Selepas meneliti keterangan saksi pendakwaan, saksi pembelaan, eksibit dan hujahan kedua-dua pihak serta menimbangkan keseluruhan kes, mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan,” katanya menurut Berita Harian.

Ibu kepada tiga anak itu dituduh meninggalkan anak jirannya, kanak-kanak lelaki yang ketika itu berusia tiga tahun tanpa persediaan, pengawasan dan pemeliharaan munasabah di sebuah rumah di Taman Putra Permai 2, Ipoh pada 24 Julai 2023.

Seramai lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dikemukakan sejak kes itu mula dibicarakan pada 19 Mac 2025 hingga 10 Dis lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.