
Tertuduh, Muhammad Abdullah Abu Bakar, 26, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah, menurut Sinar Harian.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang murid lelaki berumur 11 tahun ketika kejadian, di asrama, lebih kurang 10 malam, 29 September lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh satu tahun atau denda boleh sampai atau RM2,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R Jayasri menawarkan jaminan RM8,000 namun peguam mewakili tertuduh dari firma Hisham Yunus & Co memohon jumlah itu dikurangnya dengan alasan tiada pendapatan selepas diberhentikan kerja.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Sebutan kes ditetapkan pada 3 Mac depan.