Bekas PTD mengaku tak salah 2 lagi tuduhan ubah wang

Bekas PTD mengaku tak salah 2 lagi tuduhan ubah wang

Hafizuddeain Jantan didakwa menerima RM145,000 antara 19 Sept 2024 dan 19 Mei 2025.

Hafizuddeain Jantan
Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
SHAH ALAM:
Bekas panglima tentera darat (PTD), Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000.

Dia didakwa menerima RM30,000 dan RM115,000 yang dimasukkan ke akaun banknya di sebuah cawangan bank di Ampang Point antara 19 Sept 2024 dan 19 Mei 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Semalam, Hafizuddeain mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nasir Nordin membenarkan permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes pengubahan wang haram berjumlah RM145,000 ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersama empat pertuduhan lain.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat mewakili pihak pendakwaan, manakala peguam Aizul Rohan Anuar mewakili Hafizuddeain.

Semalam, isteri Hafizuddeain, Salwani Anuar @ Kamaruddin turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima hasil kegiatan haram berjumlah RM77,000 yang dimasukkan ke akaun bank Wany Venture, tempat beliau bekerja sebagai pengurus syarikat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.