
Pengarah Jabatan Siatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman M Kumar berkata, keterangan daripada kedua-dua individu itu dirakam pada 1 petang tadi.
“Siasatan masih diteruskan dan masyarakat diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Kumar, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kes membabitkan satu hantaran di Facebook oleh China Press, yang melaporkan Agong bertitah ‘tidak tahu bahasa Melayu, jangan duduk Malaysia’ sebelum menukarnya kepada ‘kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia’.