Sarawak turun umur kerakyatan kepada 18 tahun

Sarawak turun umur kerakyatan kepada 18 tahun

Menteri negeri Fatimah Abdullah berkata sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mempercepat permohonan kerakyatan rumit.

FATIMAH ABDULLAH
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Fatimah Abdullah berkata langkah itu akan memberi kesan khasnya kepada kanak-kanak dilahirkan ibu bukan warganegara serta kes anak angkat tidak didaftar dengan sempurna. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sarawak akan menurunkan had umur permohonan kerakyatan daripada 21 kepada 18 tahun berkuat kuasa Jun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, pindaan di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan itu akan memberi kesan, khasnya kepada kanak-kanak dilahirkan ibu bukan warganegara dan kes anak angkat tidak didaftar dengan sempurna.

“Lonjakan permohonan kewarganegaraan di Sarawak bukan disebabkan faktor umur, tetapi lebih kepada kes rumit membabitkan anak ‘tidak sah taraf’ yang dilahirkan ibu bukan warganegara dan anak angkat tanpa pendaftaran sah,” katanya menurut TVS.

Jelasnya, banyak kes membabitkan kanak-kanak lahir di luar perkahwinan sah atau tiada pendaftaran lengkap, dengan asal-usul biasa termasuk dari Filipina, China, Indonesia dan Papua New Guinea.

Beliau menasihatkan pasangan mendaftarkan perkahwinan di luar negara memastikan pendaftaran sah di Malaysia, sebaik kembali ke tanah air.

Katanya, kes anak angkat tidak didaftarkan mewujudkan jurang dokumentasi besar, sekali gus mendorong penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sarawak bagi mempercepatkan proses kes itu.

“Jawatankuasa khas ini akan memproses kes berkenaan dengan lebih cepat daripada dulu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.